3) PERNIAGAAN JALAN UMS
Soalan : Modal RM1 juta.
Apakah jenis perniagaan yang hendak dijalankan? Mengapa?
Bagaimana untuk memastikan perniagaan anda UNTUNG?
JAYALATCHUMIE
:
"Kumpulan kami ingin membuka sebuah
pusat tuisyen. Nama pusat tuisyen kami ialah Pusat Tuisyen JSM. Kami juga
bercadang untuk membuka pusat tuisyen ini di UA1. Kami membuka pusat tuisyen
ini kerana tiada pusat tuisyen di sekitar jalan UMS. Selain itu, pusat tuisyen
kami juga menawarkan perkhidmatan tuisyen bagi murid-murid sekolah rendah
sehingga ke sekolah menengah. Kami juga pasti bahawa perniagaan ini memberi
keuntungan kepada kami kerana permintaan yang tinggi, tiada persaingan serta
lokasi yang strategik. Ahli kumpulan : Jayalatchumie, Siva Sankar dan Mastura."
DELINDA & STEPHANIE :
4) BAGAIMANA untuk
memastikan perniagaan itu 100% UNTUNG? Apakah faktor2 yang perlu difikirkan
sebelum dan semasa juga setelah perniagaan itu dimulakan?
ROSNITA
:
JAYALATCHUMIE :
DELINDA
& STEPHANIE :
5) Beri
reaksi anda terhadap Pelan Pembangunan Pendidikan (2013-2025) terutamanya ttg
ICT dalam pendidikan
Apakah
definisi teori multi modality? apakah yang dimaksudkan multi modality
instruction
7) INFOGRAFIK
|
Infografik tentang pencemaran sungai |
| |
(Mohd Azahari)
|
Infografik Tentang Kempen Kitar Semula
( Rosnita ) |
|
Infografik tentang penggunaan kitar semula kertas menyelamatkan alam semulajadi | | | | |
|
|
(Jayalatchumie)
|
Infografik tentang 'cita-cita saya' (Delinda) |
|
Infografik tentang Kepentingan Hutan ( Stephanie) |
8) POWERPOINT (5 SLIDE)
a) Mohd Azahari Bin Ahamad : Kesan Penerokaan Sumber Hutan (Mohd Azahari)
b) Rosnita@Amoy Bt. Albari : Kepentingan Sumber Hutan (Rosnita)
c) Jayalatchumie A/P Simadiri : Kepentingan Sumber Air ( Jayalatchumie)
d) Stephanie Joanne AK Banggau : Konsep Ekosistem (Stephanie)
e) Delinda Griet Anak Daor : Unsur-unsur Cuaca dan Iklim (Delinda)
TUGASAN BERKUMPULAN
9) LATIHAN YOUTUBE
Slide Pembentangan : PENGGUNAAN YOUTUBE DALAM PEMBELAJARAN
Penulisan Assignment :
1) Tugasan-Youtube-penulisan
2) PEMBELAJARAN-ABAD-KE-21
3) Teori Pembelajaran
DEFINISI YOUTUBE
Youtube
ialah satu laman perkongsian video yang popular untuk memuat naik, menonton dan
berkongsi petikan video tersebut. YouTube kini menjadi satu bentuk media baharu
web 2.0 yang popular iaitu sebanyak 65,000 video telah dimuat naik dan 100 juta
video ditonton setiap hari. Kandungan YouTube ini boleh merangkumi animasi, rakaman
secara rasmi, dan rakaman secara peribadi. Rakaman video juga boleh berbentuk
informasi, hiburan, pujukan, peribadi, iklan semata-mata. YouTube boleh
dihubungkan dengan aplikasi blog lain, dan ini memberi pengguna satu cara
pantas untuk membuat blog mengenai sesuatu video dan menyertakan pautan
kepadanya.
YouTube
juga merupakan satu tempat umum masyarakat untuk berkomunikasi. Tempat tersebut
membolehkan kita membuat kajian dalam pencarian maklumat dengan melihat kelip
video. Menerusi YouTube, kita boleh berkongsi maklumat dan membuat rujukan
sebagai bahan untuk belajar. Terdapat banyak kemudahan dan kelebihan yang dapat
diterokai apabila menggunakan YouTube sebagai alat bantu mengajar di dalam
kelas. Pelajar dapat melihat dan mendalami sendiri setiap perkara yang tidak
diketahui dan difahami dengan mencari maklumat menerusi YouTube.
KEPENTINGAN YOUTUBE KEPADA PENGAJARAN
Penggunaan
Video dalam pembelajaran merupakan salah satu media yang dapat membantu guru
dalam menyampaikan pengajaran. Penggunaan video dalam proses pengajaran
merupakan salah satu cara atau langkah yang boleh digunakan untuk membantu
kepada proses pembelajaran pelajar di dalam bilik darjah.
Penggunaan
YouTube dapat membantu peningkatan proses pembelajaran pelajar dari aspek kesan
bunyi, penggunaan grafik, penggunaan animasi dan penggunaan warna. Melalui
tayangan video, mampu membantu proses pembelajaran dan mudah dikawal oleh guru.
YouTube dapat meningkatkan aktiviti pengajaran dan pembelajaran apabila dilihat
dari aspek daya penarik tayangan video yang kuat untuk pelajar yang dapat
mengelakkan kebosanan pelajar.
Media
yang baik melibatkan penglibatan pelajar yang maksimum. Ia dapat menggalakkan
penyelidikan serta pembacaan sendiri di kalangan pelajar-pelajar kerana
perasaan ingin tahu dapat ditimbulkan. Ia dapat menimbulkan suasana pengajaran
dan pembelajaran yang lebih berkesan serta menyeronokkan.
Seterusnya
menggalakkan penyertaan dan penglibatan pelajar dalam pembelajaran Media yang
digunakan bagi proses pengajaran dan pembelajaran dapat menghasilkan
pembelajaran yang lebih luas serta mendalam seterusnya mempelbagaikan aktiviti
pembelajaran.
Guru
di sekolah kini lebih mudah untuk menggunakan kaedah moden ini. Penggunaan
Youtube dalam pengajaran dapat menunjukkan pelajar secara realiti tentang
pembelajaran yang hendak dipelajari. Zaman dahulu pembelajaran terhad hanya di
bilik darjah sahaja, pelajar kurang terdedah kepada dunia sebenar. Maka,
pelajar kurang input serta lambat untuk mengetahui situasi sebenar. Dengan
menggunakan youtube ini, pembelajaran secara video dapat mengembangkan minda
pelajar dengan hanya di dalam bilik darjah sahaja.
Pendidikan
Abad Ke 21
Abad ke 21 membawa masyarakat dunia
ke satu lagi fasa penganjakan paradigma
kehidupan. Ini meliputi
penganjakan daripada masyarakat perindustrian kepada
masyarakat
berinformasi; penggunaan teknologi manusia kepada penciptaan teknologi
tinggi; pemusatan kuasa kepada pengagihan kuasa; konsep hierarki
kepada konsep
jaringan; ekonomi tempatan kepada ekonomi antarabangsa; dan
perancangan jangka
pendek kepada perancangan jangka panjang.
Malah,
abad Ke 21 sering dikaitkan dengan era Teknologi Maklumat (IT) yang
memungkinkan kepantasan dan menjumudkan faktor jarak dan masa.
Perkembangan
terkini dalam “open sky
technology ” membawa implikasi kepada kehidupan manusia
sejagat.
Seperti yang kita lihat dan rasa, dunia yang luas pada hakikatnya telah
dikecilkan
dengan teknologi komunikasi yang canggih dan pantas.
Bidang pendidikan juga tidak terkecuali yang mana menjadi teras
kepada
perubahan dunia abad Ke-21 ini. Kesan globalisasi terhadap sektor
pendidikan yang
menjadi sangat ketara di negara-negara maju seperti Amerika
Syarikat, United Kingdom,
Jepun, Australia, New Zealand, Jerman dan Russia. Dengan ini, didapati
bahawa bidang
pendidikan abad Ke-21 di negara-negara maju sangat canggih kerana
hanya berfokus
kepada ICT, antaranya amalan web 2.0 di bilik darjah.
Kemahiran Abad Ke 21
Perubahan
diperlukan untuk memenuhi keperluan masyarakat sekarang yang banyak
dipengaruhi
oleh dunia yang dicorakkan oleh pembangunan teknologi. Pemikiran ini
merujuk
pada pandangan bahawa pembelajaran patut memanfaatkan teknologi untuk
pedagogi
terkini yang lebih prihatin kepada ciri-ciri pelajar sekarang. Penekanan
perubahan pendidikan yang dimaksudkan mengaitkan kemahiran abad ke 21 dengan
peranan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT).
Kebanyakan kemahiran abad ke 21
adalah berdasarkan kepada pendedahan terhadap
ICT. Jika dahulu, literasi cuma
merangkumi membaca, menulis, dan mengira, literasi
abad ke 21 melibatkan
literasi digital. Guru memainkan peranan utama dalam
membimbing pelajar untuk
melayari internet, mencari laman sesawang, memilih perisian
yang sesuai dan
mengumpul serta mengulas maklumat. Dengan bimbingan guru juga
kesedaran global
pada era digital sepatutnya mudah dicapai dan seharusnya meningkat.
Malah,
sumber terbaik yang membina kemahiran komunikasi interaktif seperti
kemahiran
sosial dan peribadi, semangat berpasukan dan kolaborasi adalah menerusi
lima
bentuk teknologi era digital iaitu mobility (bergerak) seperti telefon pintar,
connectivity (penyambungan) seperti WiFi, rangkaian sosial seperti Facebook dan
Twitter, enjin carian seperti Google dan Yahoo, dan portal perkongsian maklumat
seperti Wikipedia dan YouTube.
Di peringkat antarabangasa, LLC mengiktiraf keperluan kritikal untuk
membangunkan kemahiran abad ke 21 di sekolah-sekolah. Walau bagaimanapun,
dipercayai bahawa pendidikan ini tidak menghadkan pembangunan profesional dan reka
bentuk kurikulum sedia ada. Kemahiran abad ke 21 yang dipelajari melalui kurikulum, ia
merupakan disiplin, bersepadu, berasaskan projek, dan banyak lagi, termasuk dalam
kurikulum berasaskan projek dengan menggunakan tujuh kemahiran hidup yang
diperjuangkan oleh Tony Wagner dalam bukunya, Jurang Pencapaian Global:
- Pemikiran
Kritis dan Penyelesaian Masalah
- Kerjasama
merentasi Rangkaian dan
Memimpin oleh Pengaruh
- Ketangkasan
dan Penyesuaian
- Inisiatif
dan keusahawanan
- Komunikasi
Berkesan Lisan dan Bertulis
- Mengakses
dan Menganalisis Maklumat
- Rasa
ingin tahu dan Imaginasi
Pelajar Abad Ke 21
Dalam abad ke 21, dunia menjadi
seolah-olah semakin sempit dan pantas. Banyak
aktiviti perlu dilakukan dalam
masa yang sesingkat mungkin. Banyak aktiviti perlu
dilakukan dalam masa yang
singkat. Semua orang, di mana sahaja berada, boleh
menghubungi antara satu sama
lain dengan kemajuan yang cukup pantas dalam teknologi
maklumat. Maklumat
tertabur di merata-rata. Teknologi kawalan dan automasi menjadikan
dunia ini
semakin mudah untuk diurus. Manusia menjadi semakin canggih dari masa ke
semasa; pelajar juga tidak terkecuali daripada gelombang teknologi ini.
Guru Abad Ke 21
Abad
ke 21 adalah abad yang amat mencabar buat kita sekiranya kita bersedia dan berusaha untuk memahami implikasi yang akan berlaku kepada kita. Abad ke 21
adalah abad yang didominasi oleh Barat dalam agenda mereka untuk mendominasi
dunia sama ada dari segi ekonomi, politik, sosial atau budaya.
Abad ini
juga menampakkan kemunculan pelbagai teknologi baru yang sewajarnya dimanfaatkan sepenuhnya. Kita sebagai masyarakat global perlu mengoptimumkan
penggunaan teknologi ini dan perlu menguasainya dengan baik. Dalam suasana
sedemikian, guru sebagai seorang pendidik perlulah berusaha untuk membangunkan
generasi yang celik teknologi, mantap dan mampu bersaing di peringkat
antarabangsa.
Guru mesti mahir dalam kemahiran ini dalam usaha untuk
memodelkan amalan yang
baik untuk pelajar-pelajar mereka dan untuk membantu
pelajar termasuk kemahiran untuk
pembelajaran. Aktiviti-aktiviti ini akan
memberikan guru peluang untuk mengambil
bahagian secara aktif dalam menggunakan
beberapa alat berasaskan web yang biasa
digunakan di dalam kelas dan untuk membincangkan
idea-idea yang penting untuk
menggunakan alat ini.
Terima kasih, ikhlas dari kami..