Khamis, 25 Oktober 2012

Teknologi dalam pendidikan




Teknologi Pendidikan
Berbagai-bagai takrifan telah diberikan mengenai teknologi pendidikan:

"Teknologi pendidikan ialah gabungan manusia, peralatan, teknik dan peristiwa yang bertujuan untuk memberi kesan baik kepada pendidikan"(Crowell (1971):Encyclopedia of education)


"Teknologi dalam pendidikan ialah penggunaan kemahiran dan teknik moden dalam keperluan latihan, yang meliputi kemudahan belajar dengan menggunakan persekitaran setakat mana ianya menimbulkan pembelajaran" (Uhwin Derek (1976): Applying Educational Technology)


Kesimpulan: Teknologi pendidikan ialah satu sistem yang meliputi alat dan bahan media, organisasi yang digunakan secara terancang bagi menghasilkan kecekapan dalam pengajaran dan keberkesanan dalam pembelajaran. Teknologi Maklumat dalam Pendidikan merupakan Pengajaran Pembelajaran Berbantukan Komputer yang diaplikasikan dalam pengajaran atau kursus, yang disampaikan menggunakan pakej perisian pendidikan yang dibina oleh pembangun perisian dengan menggunakan komputer. Pengajaran Pembelajaran Berbantukan Komputer telah lama diperkenalkan iaitu kira-kira pada sekitar tahun 50an. Di Malaysia, Kementerian Pelajaran telah menyediakan pelbagai perisian Pengajaran Pembelajaran Berbantukan Komputer ke sekolah-sekolah.



Reka Bentuk Pengajaran

 

Model ASSURE
ASSURE bermaksud :

A - Analyze the Learner
S - State the Objectives
S - Select the Method
U - Utilize the Media and Materials
R - Require Learner Participation
E - Evaluate and Revise

Model ADDIE.

ADDIE bermaksud :
A – Analyze
D – Design
D – Development
I – Implementation
E – Evaluation


Konsep ICT dalam pendidikan dari kaca mata KPM merangkumi 3 polisi utama:


i. ICT untuk semua pelajar, bermaksud bahawa ICT digunakan sebagai sesuatu yang boleh mengurangkan jurang digital antara sekolah.

ii. Fungsi dan peranan ICT di dalam pendidikan adalah sebagai suatu alat pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah

iii. Menggunakan ICT untuk meningkatkan produktiviti, kecekapan dan keberkesanan sesuatu sistem pengurusan.

Selain daripada bidang pendidikan, perkembangan persekitaran global telah memberi kesan besar kepada usaha membangunkan Malaysia sebagai sebuah ekonomi berasaskan pengetahuan yang berdaya saing.


 


Terima kasih, ikhlas dari kami..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan