WEB 1.0
Bermula
dari 1990 hingga 2001.
Merupakan
generasi web yang pertama berfungsi sebagai pemberi maklumat dan informasi yang
bersifat satu arah. Segala content atau isinya berada ditangan administrator
iaitu pemilik yang mereka. Jadi pengunjung hanya dapat melihat isi dari laman
tersebut tanpa dapat memberikan sebarang komen atau pandangan.
Web
1.0 ini merupakan teknologi awal dari website, di mana pembuat sebagai pemberi
informasi dan pengguna hanya sebagai pembaca (seperti membaca berita, iklan
dengan hanya searching sahaja) Bahasa
yang digunakan pada web 1.0 ini masih berupa HTML sahaja.
WEB 2.0
Ianya merupakan perkembangan selepas Web 1.0. Pada web 2.0 pula, pengisiannya tidak hanya dipegang oleh administrator atau pembuat perisian secara sepenuhnya, malahan pengunjung boleh mengendalikan pada pengisian web tersebut, begitu juga pengunjung-pengunjung yang lain dapat memberikan komen atau pendapat serta berkomunikasi antara satu sama lain dan memberikan manfaat yang banyak lagi. Antara contoh yang jelas mengenai Web 2.0 adalah seperti perisian Facebook, Youtube, Scribd, Slideshare, docstoc, stickynote, Ipad dan lain-lain.
Merupakan
komunikasi yang melibatkan 2 hala yang mana pemilik memberikan segala jenis
informasi dan kemudian pengunjung boleh meninggalkan atau menambah sesuatu di
dalamnya. dengan kata nama lain "read-write". Web 2.0 ini merupakan
satu generasi yang kedua dalam dunia pengkomputeran.
Web 2.0 muncul sekitar tahun 2003 atau 2004,
dimana para pengguna website-pun dapat berkomunikasi 2 arah dan memiliki berbagai
kelebihan lainnya.
CIRI-CIRI WEB 2.0
- Interaktif
- Jaringan
sosial
- Perkongsian
maklumat secara percuma
- Bernilai
komersial
- Functionality
WEB 3.0
Web ini dijangkakan
akan berkembang pada tahun 2010-2020 dan saat ini masih dalam tahap
pengembangan. Menurut PC magazine karakteristik dari web 3.0 adalah :
- Semantic Web (web dengan kemampuan membaca situs semudah manusia membacanya sehingga informasi dapat disajikan dengan cepat dan tepat)
- The 3D Web (web dengan kemampuan visual 3D dan interaksi secara realtime)
- The Media-Centric Web (Photo, audio, dan video akan menjadi cara lain untuk mencari informasi yang kita inginkan selain keyword)
- The Pervasive Web (Web yang mudah diakses dengan berbagai cara dan alat yang berbeza dan dimana sahaja)
Di Web 3.0 ini, sudah menjadi konvergensi yang sangat dekat antara dunia teknologi dengan dunia telekomunikasi. dunia web dan telekomunikasi yang berkembang pesat seiring dengan keperluan pengguna masa kini. Namun begitu, Malaysia masih belum capai ke tahap Web 3.0 dan 4.0 kerana masih dalam perkembangan teknologi yang membangun.
Tetapi, sebagai petanda yang boleh dilihat adalah menerusi kecanggihan teknologi kini yang boleh dilihat seperti kita mampu untuk menonton televisyen dengan menggunakan komputer atau telefon bimbit, boleh mengakses internet di skrin televisyen dan di mana-mana sahaja. malahan juga boleh SMS dan membuat panggilan telefon menerusi komputer. Kesemua ini mengalami evolusi menuju dunia yang lebih maju.
Web 3.0 juga membantu dalam kelajuan mengakses internet yang memadai dan spesifikasi komputer yang tidak laju dan tidak kuat, hal ini disebabkan teknologi ini dijalankan secara visual berasaskan 3D.
WEB 4.0
Merupakan Web yang juga dikenali sebagai "Symbiotic Web". Web 4.0 ini merupakan hasil gabungan idea dari manusia dan mesin yang boleh menarik menjadi simbiosis iaitu secara lebih canggih berbanding Web 3.0. Ianya terhasil dari minda pengguna itu sendiri untuk mengawal segalanya. Web 4.0 ini masih di dalam penghasilan yang memerlukan kemudahan dan teknologi yang benar-benar canggih.
_________________________________________________________________________________
